Nombor kad pengenalan MyKad

Sejak 1980, setiap warganegara Malaysia diberikan satu set nombor 12-digit yang unik dalam format TTBBHH-NN-###J sebagai nombor kad pengenalan. Kumpulan digit pertama (TTBBHH) merupakan tarikh lahir pemilik KP. Kumpulan kedua (NN) pula merupakan kod negeri lahir, iaitu 01-13 untuk negeri-negeri, 14-16 untuk Wilayah Persekutuan dan kod 71 jika lahir di luar Malaysia. Bagi anggota polis, kod yang digunakan ialah 88 manakala untuk anggota tentera, kod yang digunakan ialah 99. Namun begitu apabila seseorang anggota polis atau tentera menamatkan perkhidmatan mereka, nombor kad pengenalan mereka akan ditukar kepada kod nombor asal tempat kelahiran mereka. Kumpulan nombor terakhir (###J) merupakan nombor siri yang dijana secara rawak oleh sistem komputer Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia.

KodNegeri
01, 21, 22, 23, 24Johor
02, 25, 26, 27Kedah
03, 28, 29Kelantan
04, 30Melaka
05, 31, 59Negeri Sembilan
06, 32, 33Pahang
07, 34, 35Pulau Pinang
08, 37, 38, 39Perak
09, 40Perlis
10, 41, 42, 43, 44Selangor
11,03,06, 45, 46Terengganu
12, 47, 48, 49Sabah
13, 50, 51, 52, 53Sarawak
14, 54, 55, 56, 57Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
15, 58Wilayah Persekutuan Labuan
16Wilayah Persekutuan Putrajaya
88Polis
99Tentera
Sumber: Nombor Kod Negeri Kelahiran Dalam Kad Pengenalan Malaysia[1]

Untuk membezakan di antara pemegang MyKad lelaki dan perempuan, nombor terakhir dalam siri nombor kad pengenalan telah di sesuaikan mengikut jantina pemegang di mana sekiranya pemegang MyKad mempunyai siri nombor terakhir berangka genap, jantina pemegang adalah wanita. Manakala jika pemegang MyKad mempunyai siri nombor terakhir berangka ganjil, jantina pemegang adalah lelaki.

Sebelum 1980, nombor kad pengenalan warganegara adalah dalam bentuk A####### di mana # merupakan nombor siri 7-digit yang mana nombor terakhir dalam siri nombor tersebut turut sama mempunyai peranan pembezaan jantina lelaki dan wanita seperti sini nombor baru MyKad.